Akibat Kecuaian Saya, Gigi Akil Hancur Perlu Dibedah

Share This:

Sebenarnya, ramai yang bertanya kenapa gigi Akil perlu dibuang?
Saya kongsikan di sini supaya kita semua mengambil iktibar.
Sebenarnya bukan salah anak pun. Tapi salah ibu bapa.
Kenapa?

Sebab gigi Akil rosak kerana kecuaian saya dan kekurangan ilmu tentang penjagaan gigi.
Akil kena karies susu.

Giginya hancur kerana suka hisap botol waktu tidur. Ditambah pula susah nak gosok gigi. Puas berperang. (punca dari ibu bapa iaitu saya juga sebab tak didik sedari bayi).

Bila dia dah putus susu badan, kami beri susu formula. Mulanya terfikir juga nak bagi susu kotak je, tapi suami kata tak apa, kita bagi yang terbaik pada Akil. Insyaallah duit boleh cari. Fikir kami saat itu. Maklumlah anak pertama, tiada ilmu penyusuan.

Rupanya sangkaan kami meleset jauh. Kalau kami teruskan niat bagi susu kotak, mungkin selamat gigi Akil sebab Akil tak boleh minum sambil tidur.

Bila bancuh susu dalam botol, dia sedaplah bawa ke tidur. Dan Akil sangat kuat menyusu. Satu malam 2 3 kali bangun nak susu. (Antara punca saya tak cukup tidur juga).

Banyak kisan buruk dari tabiat menyusu botol kuat. Pertama, bila dia kemam dalam mulut semalaman, bakteria mulut dan gula dalam susu akan jadi berasid lalu menghakis giginya.

Kedua, akil jadi tak selera makan makanan lain. Asyik minum susu je.

Ketiga, duit banyak habis beli susu. Bukan murah susunya.

Tambahan pula kami tak didik Akil gosok gigi dari bayi. Bila dah besar memang susah nak paksa. Bila dia nangis meraung, saya lembut hati.

Nampak tak, anak tak salah. Saya yang salah.

Tapi alhamdulillah saya cepat sedar.

Banyak kali saya bawa ke klinik. Akhirnya saya ke klinik pergigian kesihatan dan minta direfer ke hospital. Barulah nampak jalan untuk sembuhkan gigi akil.

Yang rosak teruk memang perlu dibuang.

Dan saya berhentikan terus susu Akil.

Ramai juga kata susu tak salah. Tapi pada saat ini, amat sukar kalau saya tak hentikan susu Akil. Makin parah giginya. Dan dah terlewat untuk didik ubah tabiat minum susu di waktu malam.

Jalan terbaik, hentikan susu botol.

Hasilnya dia kuat makan dah. Jadi sahabat sekalian, jom kita betulkan cara yang salah. Jom tambah ilmu tentang penjagaan gigi.

Dan yang mana gigi anak dah rosak, cepat-cepatlah dibawa ke klinik. Ikut nasihat doktor. Jangan tangguh.

Sekian,
Mama Akil yang masih rasa bersalah

Ps: sebelum gigi dia rosak, Akil memang tak makan coklat atau benda manis. Memang susu sepenuhnya.
Dan jangan ingat susu botol je, susu badan pun kalau anak kerap mengempeng boleh kena karies jugak. Jadi semua perkara kena bersederhana.

CARA-CARA MENCEGAH KARIES GIGI SUSU

Berikutan perkongsian saya semalam berkenaan kes Akil yang mengalami karies susu, rupanya sungguh ramai yang senasib dengan saya.

Saya bersyukur sangat kalau perkongsian semalam dapat membantu ibu2 di luar sana.

Di sini saya kongsikan poster2 yang saya terima dari seorang staf klinik gigi untuk maklumat berkenaan gigi anak2.

Sila dapatkan pemeriksaan gigi anak secara berkala setiap 6 bulan sekali. Caj sangat murah. Rm1 sahaja untuk pemeriksaan kalau tak silap.

Saya faham untuk ibu2 yang tak tahu lansung tentang perkara ini. Kalau kita tahu, tak akan kita biarkan anak kita jadi macam ni.

Ps: tak sangka viral, dalam beribu komen yang saya kira ibu2 atau bapa2 nak ambil langkah berjaga2, ada juga terselit komen2 negatif mengecam😂 kdg dgn bahasa kasar. Kita berkongsi untuk kebaikan pun salah. Takdenya saja kami biarkan anak jadi mcm ni. Puncanya tiada ilmu..

No automatic alt text available.

Saya juga nak maklumkan, bagi yang tuduh saya ni mcm kayu la tak gosok gigi anak, kalau nak tahu, sy kdg2 sampai tahap bungkus akil dengan selimut dan gosok giginya. Tapi kudrat sy di rumah seorang tak kuat. Kena sepak terajang sebab dia melawan tu sakit tau😂😂😂budak bukan tahu. Tapi semua ni sebab punca tak ajar dari baby. Sebab tak tahu dulu. Harap semua jelas ya.

No automatic alt text available.

Yang bagitahu bukan salah susu tu betullah. Saya dah maklumkan pun dalam posting tu. Tapi saya memang kena hentikan susu akil sebab dia dah addicted. Malam tetap nak susu kalau tak berhenti. Boleh mengamuk kalau tak dapat susu. Dia tantrum. Dengan susah nak gosok giginya lagi. Jadi memang wajar sy hentikan terus.

Hanya ibu bapa yang melaluinya sahaja faham.

Lain anak lain ragamnya. Berlapang dadalah dalam perbezaan kita semua.

Yang penting niat kita betul

Lagi satu ada yang kata saya mengarut bila saya maklumkan susu bf pun boleh sebabkan karies. Susu fm ke, bf ke sama je kalau mereka tak lepaskan waktu tidur dan gosok gigi tak efektif.

Eh terpanjang pula posting.hehe

Walau apapun, terima kasih semua yang sudi berkongsi ilmu ni moga kita semua diberi pahala atas niat nak berkongsi untuk kebaikan semua orang.

Sumber: Puan Nurul Shazalina Zainudin

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*