Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan Hanya Sebagai Umpan DAP 

Share This:

Nama-nama besar didalam DAP secara totalnya tidak disenaraikan didalam barisan jawatankuasa yang menerajui Pakatan Harapan  yang telah diumumkan.  Sebagaimana yang dijangkakan Mahathir  seperti yang dia mahukan telah dapat  menduduki kerusi Pengerusi Pakatan Harapan.

Persoalan yang timbul kini mengapa tidak diserahkan kepada Lim Kit Siang? Apakah sebelum ini kita tidak dapat melihat peranan yang dimainkan oleh Kit Siang dalam mencaturkan segalanya didalam Pakatan.

Sudah pastinya  DAP memikirkan bukan jawatan sangat yang mereka kejar sebagaimana  pemimpin  Melayu yang amat gila kuasa dan jawatan didalam Pakatan sekarang, DAP hanya memikirkan sokongan yang akan diterima  dari kumpulan Melayu ini semasa Pilihanraya akan datang.

Rata-rata jawatan yang diumumkan tersebut diberikan kepada  pemimpin Melayu PKR dan PPBM sehinggakan Anwar Ibrahim yang berada didalam Penjara sekarang  dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.

Apakah dengan ini secara rasminya kemelut dendam Anwar Ibrahim dan Mahadey telah berakhir atau masing-masing sedang memasang strategi untuk “membunuh” diantara satu dengan yang lain.

Bagi DAP semua itu tidak penting , perkara utama mereka ialah Melayu –Melayu ini akan memberikan sokongan kepada DAP sebagaimana dilakukan sebelum ini oleh PAS dan akhirnya  memberikan kemenangan  DAP di Pulau Pinang.

Sebagai ganti PAS, PPBM pula telah dipergunakan untuk memastikan agenda  negeri dibahagian Pantai Barat jatuh ke tangan DAP. Sejarah  putar belit DAP tidak pernah berubah dari dahulu, Namun agenda utama mereka untuk membahagikan Malaysia kepada dua bahagian akan terus dilakukan walaupun mereka tiada jawatan didalam Pakatan Harapan dan sudah cukup mempunyai lebihan kerusi.

Hasil persetujuan DAP dan PAN, Mahathir Mohamad akhirnya disahkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden gabungan pembangkang itu.

Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.Senarai pelantikan itu bukan merupakan satu kejutan kerana ia telah dilobi oleh PAN dan DAPsejak sebulan yang lalu.

Mahathir yang membaca senarai jawatankuasa itu turut mengumumkan tiga timbalan presiden.

“Mereka adalah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

“Jawatan naib presiden disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Nama Lim Kit Siang tidak disenaraikan dalam penjawatan Pakatan Harapan itu. Memang sudah menjadi taktik lazim DAP, khususnya Kit Siang akan bersembunyi di sebalik watak-watak Melayu bagai menghadapi PRU 14 kerana DAP sudah tahu keuntungan politik jangka panjang yang bakal diperolehi parti itu pada PRU itu.

Sebagai ahli politik veteran, Kit Siang sudah tahu struktur Pakatan Harapan bukan mencerminkan kedudukan kerusi yang bakal di menangi parti-parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

– PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*