Dalam Plastik Hitam, Tempat Bayi Baru Lahir Dijumpai

Share This:

Baru-baru ini, mayat bayi perempuan ditemui di dalam plastik hitam di Flat Seroja, Taman Puchong Indah, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan itu, jam 12.15 tengah hari.

Katanya, pemeriksaan dilakukan anggota mendapati mayat bayi berkenaan berada di tingkat bawah di sebuah blok di flat berkenaan.

“Mayat ditemui dalam beg plastik berwarna hitam yang diletakkan di tepi blok.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan individu bertanggungjawab yang membuang bayi itu” jelasnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*