Tak Layak Jadi Coffee Prince, Kalau Bukan Fattah Amin Siapa?

Share This:

Rata-rata peminat drama Korea pasti pernah menonton drama bersiri Coffee Prince yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.



Foto: Asianwiki



Gila tak popular, Gong Yuu kot watak utamanya! Pasti peminat aktor berkenaan berkata begitu, bukan? Sudahlah kacak berkarisma, lakonannya selalu berkesan menyentuh hati penonton.



Foto: KpopStarz



Disebabkan itulah pengarah Michael Ang bercita-cita menaikkan semula populariti drama berkenaan dan mengembalikannya di kaca TV sesuai dengan citarasa Malaysia.


Bagaimanapun, ramai peminat drama Korea membantah pemilihan Fattah Amin sebagai watak utama drama berkenaan.



Foto: IG Fattah Amin



Mereka tak berpuas hati dengan pemilihan itu selain menyifatkan Fattah tidak layakmembawakan watak Choi Han Kyul kerana lakonannya tidak sehebat Gong Yoo, atau ‘kayu’ seperti didakwa segelintir pihak.


Peninglah Michael nak menurut kehendak mereka yang mahukannya menggantikan Fattah dengan aktor lain yang lebih layak.


Jom tengok reaksi lucu para peminat tegar drama Korea di laman sosial berikut!



Foto: Twitter



Kalau tak mahu Fattah Amin sebagai watak utamanya, aktor mana paling layak menurut anda untuk membawakan watak utama berkenaan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*