Seludup Dadah, Warga Malaysia Dijatuhkan Hukuman Mati Di Singapura

Share This:

Warga Malaysia Prabagaran Srivijayan berusia 29 tahun dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada jam 6 pagi hari ini setelah didapati bersalah menyeludup dadah.


Memetik laporan The Straits Times, ahli keluarganya menuntut mayat mendiang di penjara Changi kira-kira jam 10 pagi.


Turut berada di perkarangan kompleks penjara berkenaan ibu Prabagaran, ibu saudara dan anak saudaranya.


Prabagaran disabitkan kesalahan kerana menyeludup 22.24 gram heroin dalam kenderaannya pada Julai 2012.


Rayuan selama 11 jam bagi menolak hukuman berkenaan bagaimanapun ditolak Mahkamah Apex Singapura semalam.


Sejak menerima moratorium terhadap hukuman mati pada tahun 2014, Singapura telah menjatuhkan hukuman mati sebanyak 10 kali termasuk tujuh kes yang membabitkan kegiatan pengedaran dadah.

sumber : Internet

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*