#SatuKapalTigaNakhoda Petanda Kecelaruan Identiti Pakatan Harapan

Share This:

Mengambil kira sesuatu perlayaran, setiap kapal tidak kira samada kapal perdagangan mahupun kapal perang, semestinya hanya ada satu nakhoda sahaja yang boleh mengemudi sesuatu perlayaran. Tidak pernah tercatat dalam mana-mana sejarah perlayaran, terdapat dua atau lebih nakhoda dalam sesebuah kapal. Waima filem Pirates of The Caribbean sekalipun hanya menggambarkan seorang nakhoda.

Namun lain pula halnya dengan Pakatan Harapan yang semalam secara rasminya telah menggunakan hanya satu nama iaitu Harapan. Melihat kepada senarai nama yang dikeluarkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datin Seri Wan Azizah pula sebagai Presiden pertama Harapan.

Persoalannya, adakah wajar mereka meletakkan 3 nama sekaligus untuk dijadikan sebagai ketua bagi sebuah pakatan pembangkang? Tidakkah nanti akan wujud “conflict of interest” sekiranya ada sesuatu keputusan dibuat demi masa depan parti?

Paling menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana sepasang suami isteri akhirnya sah dijadikan pemimpin sesebuah pakatan pembangkang. Nampaknya, imej Anwar dan Wan Azizah memang tidak dapat lari dari dilantik sebagai pemimpin sesebuah parti atau boleh sahaja dikatakan hamba abdi kekal DAP yang diketahui umum sebagai parti paling dominan di dalam Pakatan Harapan.

Melihat kepada ketiga-tiga nama ini, muncul persoalan, adakah mereka mampu untuk mencapai kata sepakat tentang sesuatu perkara? Mungkin pada zahirnya kita nampak hubungan Mahathir dan Anwar kembali jernih namun disebalik semua itu, kedua-dua pihak dilihat masih menyimpan perasaan dendam, curiga dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

Dapat dibayangkan pada satu ketika, sekiranya Anwar membuat sesuatu keputusan, ianya masih boleh di ambil alih atau di tolak oleh Mahathir selaku Pengerusi. Kemudian Wan Azizah pula membatalkan keputusan Mahathir dengan melaksanakan apa jua yang dirancang Anwar. Adakah ini yang dinamakan sebagai kesepakatan di dalam Pakatan Harapan?

Mungkin mereka menganggap, cara ini adalah yang terbaik untuk berlaku adil. Namun, dalam sesebuah organisasi, sekiranya terdapat banyak sangat “kepala” menentukan hala tuju sesebuah organisasi, besar kemungkinan, organisasi berkenaan akan lebih cepat hancur berbanding mencapai kata sepakat.

Ditambah pula dengan sikap saling curiga mencurigai antara satu sama lain yang telah wujud di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, ianya seolah-olah menjadi penambah kepada permasalahan yang sedia ada wujud di dalam pakatan pembangkang berkenaan.

Sukar untuk digambarkan bagaimana tiga orang nakhoda dengan seorang daripadanya pernah mengkhianati seorang lagi nakhoda, mampu bekerjasama dengan baik di dalam Harapan. Anwar dan Wan Azizah mempunyai visi dan kemahuannya yang tersendiri manakala Mahathir pula mempunyai sasarannya yang tersendiri. Di akhir kisah ini kelak, kita akan saksikan kehancuran Harapan yang ditenggelami olrh nafsu peribadi semata-mata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*