RM1 Juta Menanti Pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2017

Share This:

Bukan sikit-sikit hadiah yang ditawarkan iaitu RM1 juta untuk pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) yang akan disampaikan pada Hari Peneroka FELDA tahun ini yang bakal disambut di Putrajaya bermula 21 hingga 23 Julai.

Pengarah Publisiti Ekspresi FELDA Negaraku, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata pemberian anugerah itu sudah masuk tahun kelapan dan peluang terbuka kepada semua Tanah Rancangan FELDA dari seluruh negara. Kalau menang, turut ada piala iringan dan sijil penghargaan melibatkan 10 kampung yang dipilih sebagai finalis.

“Anugerah berkenaan adalah acara kemuncak Hari Peneroka FELDA yang akan dirasmikan Perdana Menteri pada 23 Julai ini.

“Sambutan Hari Peneroka FELDA kali ini adalah yang pertama kali diadakan di Putrajaya itu dijangka mengumpulkan lebih 50,000 pengunjung termasuk penyertaan 25,170 peneroka FELDA dari seluruh negara dengan tema sambutan tahun ini Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia 2017,” katanya dalam sidang media selepas taklimat sambutan Hari Peneroka FELDA itu, di ibu negara.

Akmar Hisham berkata, sambutan pada kali ini dianggap yang terbesar kerana akan dilaksanakan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian.

Beliau berkata, sambutan itu akan diadakan di sepanjang Persiaran Presint 2 dan 3 bermula dari bangunan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) sehingga Istana Kehakiman.

Selain AKKF turut disampaikan beberapa anugerah sampingan yang lain seperti Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam selain Pingat Khidmat Bakti.

Yang turut diadakan pameran jualan dan konsert yang menampilkan artis tempatan seperti Mawi dan Siti Nordiana serta persembahan watak animasi Upin dan Ipin. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*