Neelofa ‘Singkirkan’ Nora Danish, Bangga Pengikut Cecah 4.9 Juta

Share This:

Selalu ‘naik’ cerita mengenai dua artis ini di mana-mana portal berita dan akhbar tanah air. Kedua-duanya sama cantik dan berjaya dalam karier masing-masing.



Pun begitu, siapa yang memiliki lebih ramai peminat dan pengikut ya?


Jumlah pengikut terkini di Instagram (IG) Neelofa membuatkan pengacara dan usahawan itu menjadi selebriti Malaysia paling ramai pengikut, sekali gus memecah rekod yang sebelum ini disandang usahawan dan pelakon Nora Danish.


Jumlah pengikut Neelofa di IG seramai 4.9 juta berjaya mengatasi jumlah pengikut Nora iaitu 4.8 juta pengikut.





Wah, bangga lah tu Neelofa sampai berkongsi berita gembira itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.

“4.9 juta! Terima kasih kerana setia bersama saya selama ini! Semoga kita terus bersama berkongsi kegembiraan di IG!” tulisnya.





Entri berkenaan mendapat perhatian pengikut dan ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminatnya.





Foto: Twitter



Ironi kan? Lagi ramai ‘haters’ lagi ramai ‘mata-mata’ akan mengambil tahu perkembangan diri seseorang. Dalam kes Neelofa ini, makin ramai ‘menghentam’ dia, makin ramai jugalah yang akan menyokong dan menyayangi dirinya.


Sebelum ini, Nora Danish merupakan artis pertama memegang rekod selebriti Malaysia dengan jumlah pengikut paling ramai di laman IG iaitu satu juta pengikut pada Ogos 2014.


Tahniah Lofa! Semoga tidak ada yang memandang perkara ini sebagai sesuatu yang negatif. Diharapkan sejajar dengan jumlah pengikut yang ramai, hidup Neelofa juga sentiasa dalam kebahagiaan. Tak begitu? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*