Mukhriz, Muhyiddin Dan Mahathir Adalah Si Kitol Melayu Zaman Moden

Share This:

Jika disemak di dalam Kamus Dewan edisi terbaru, pengkhianatan membawa maksud perbuatan menganiaya orang lain, perbuatan belot atau tidak setia (kepada kawan, bangsa, negara dan ssebagainya) samada sengaja mahupun tidak sengaja. Manakala konspirasi pula membawa maksud rancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang (terutamanya yang berbau politik).

Ini adalah definasi tentang pengkhianatan dan konspirasi. Justeru ingin ditanyakan kepada Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, adakah apa yang mereka lakukan sejak 2014 seperti yang diakui oleh Mukhriz semasa menjawab pertanyaan seorang peguam di mahkamah semalam, ianya merupakan satu pengkhianatan dan konspirasi terancang tahap tertinggi?

Samada Mukhriz terlalu naif atau sememangnya terlalu lurus bendul, dia mengakui memang telah wujud gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib yang didalangi oleh bapanya dan Muhyiddin pada tahun 2014 dan bukannya tahun 2015 seperti yang didakwa sesetengah pihak. Namun begitu, dia menafikan ianya merupakan satu konspirasi terancang.

Mungkin Mukhriz gagal menterjemahkan dengan baik istilah pengkhianatan dan konspirasi dengan baik. Sukalah diingatkan kepada Mukhriz bahawa istilah pengkhianatan memang mempunyai hubung kait dengan konspirasi samada dia mahu menafikannya ataupun tidak.

Lihat sahaja bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dijatuhkan menerusi kes Watergate yang menyaksikan ianya satu pengkhianatan dari pegawainya sendiri disamping wujud konspirasi terancang untuk menggulingkannya. Adakah Mukhriz cuba menafikan hakikat ini?

Sekali lagi, suka diingatkan kepada Mukhriz, Mahathir dan Muhyiddin bahawa negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi berParlimen di mana setiap seorang rakyat di negara ini diberikan peluang untuk memilih ketua yang akan membentuk sesebuah kerajaan setiap 5 tahun atau sepenggal. Justeru, kenapa ketiga-tiga orang ini langsung tidak menghormati hak rakyat dengan bertindak sewenang-wenangnya?

Mereka bukan sahaja mengkhianati parti yang pernah mereka wakili malah mereka mengkhianati rakan, ketua, kerajaan malah kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka. Alasan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib disebabkan oleh 1MDB hanyalah satu alasan dungu dan bodoh kerana 1MDB sendiri langsung tidak ada kena mengena dengan beliau.

Malah dakwaan Mahathir anak beranak dan kuncu-kuncunya yang kononnya Datuk Seri Mohd Najib mencuri duit rakyat juga sehingga kini masih gagal dibuktikan. Justeru, adalah paling layak untuk dilabelkan kepada 3M ini label seorang pengkhianat dan adalah amat wajar buat pentadbiran negara mengambil tindakan paling tegas terhadap tiga orang pengkhianat paling besar selepas pengkhianatan si Kitol kira-kira 500 tahun yang lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*