Gara-Gara Melarang Basuh Tikar Getah, Ibu Parah Ditikam Anak

Share This:

Seorang peneroka wanita warga emas berusia 64 tahun cedera parah ditikam anaknya di bahagian rusuk, paha kiri dan belakang badan di rumah yang bertempat di Felda Jengka 10, Maran, Pahang.

Memetik laporan Harian Metro, tragik keluarga yang berlaku pada 6.45 petang kelmarin itu berpunca daripada mangsa melarang anaknya membasuh tikar getah kerana menurut mangsa hari sudah gelap.

Namun tindakan melarang itu telah menimbulkan ketidak puasan suspek.

Menurut Ketua Polis Maran, DSP Mazlan Hassan, sebaik keluar dari bilik air, suspek yang juga seorang penganggur terus bertindak ganas menikam mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit minta tolong.

Tambah DSP Mazlan, hasil maklumat orang ramai, suspek yang dibawah pengaruh dadah telah ditahan setengah jam kemudian selepas melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan pada badan suspek menjumpai pisau yang digunakan dalam kejadian itu.”

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Suspek, 40 tahun, yang didapati positif syabu mempunyai tujuh kesalahan lampau, kebanyakan melibatkan kes dadah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*