Budak Tujuh Tahun, Mangsa Ketiga Jangkitan Wabak Rabies Disahkan Mati

Share This:

Hari ini, Alicesa Lorenna Nody, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disahkan menjadi mangsa jangkitan wabak rabies yang ketiga meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Memetik laporan Bernama, pengesahan tersebut dinyatakan petang tadi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan rasmi.

“Waktu kematian mangsa adalah pada jam 2.16 petang tadi dan punca kematian adalah disebabkan rabies encephalomyelitis.”

Tambah beliau, hanya tiga mangsa yang menemui ajal daripada empat kes rabies dikesan di Serian sehingga hari ini.

Manakala mangsa yang keempat masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HUS.

Pada 4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.

Alicesa yang berasal dari Kampung Lebor, Gedong, menerima rawatan rapi di HUS sejak 28 Jun lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*