Video Akibat Kena Prank, Budak 2 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18

Share This:

Dalam kejadian minggu lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilaporkan maut terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya, lapor Shanghaiist.

Mangsa yang dikenali sebagai Lili, sebelum itu menggunakan lif bersama dengan dua orang rakannya ke tingkat 9.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi.

Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup.

Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.

Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa secara tidak sengaja terjatuh dari ketinggian 18 tingkat dan maut di tempat kejadian.

Sementara itu, tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalahkan kanak-kanak lelaki itu sebagai punca kematian mangsa, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*