Pengarah Inter Milan Jawab Perpindahan Perisic Ke MU

Share This:

PENGARAH Inter Milan, Piero Ausilio (gambar) akhirnya menjawab spekulasi perpindahan Ivan Perisic ke Manchester United yang dilapor bakal tamat pada minggu ini.

United sebelum ini telah membuat bidaan sebanyak £39 juta untuk mendapatkan Perisic namun ditolak.

Bagaimanapun bidaan kedua berjumlah £45 juta akan menyusul bagi menamatkan segala perbincangan.

Namun Ausilio mendakwa, perpindahan tersebut tidak akan berlaku dan Perisic akan terus kekal bersama mereka.

“Ia (perpindahan) tidak berlaku, Perisic sedang berlatih bersama kita.

“Setakat ini kami tidak memberi perhatian terhadap tawaran yang diberikan Manchester United,” katanya kepada Sky Sports Itali.

Perisic sebelum ini mengemaskini status Instagramnya dengan bulatan merah seakan memberi bayangan untuk menyertai United.

Tidak cukup dengan itu, pemain sayap berkenaan enggan pulang ke Milan untuk menjalani latihan pramusim.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*