Pembangkang Berlakon Mahu Jadi Mangsa, Tapi Bermimpi Miliki Kuasa

Share This:

Pembangkang cuba menggunakan permainan ambil watak sebagai mangsa keadaan dengan memanipulasikan keadaan pada masa sama ada impian untuk berkuasa mentadbir negara walaupun watak yang dilakonkan nampak lemah.

Banyak sudah berlaku salah mereka sendiri, tapi hasil pusing cerita mereka nampak seperti bersalah dan kemudian menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ada niat buruk untuk menghancurkan mereka.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya menuduh kerajaan BN ada konspirasi menamatkan kisah politiknya dengan mencipta kes liwat dia dengan bekas Pembantu Peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tuduh BN mahu pisahkan dirinya dan keluarga padahal bukti yang dia buat jenayah liwat semua dah cukup.

Kita bersyukur mahkamah di negara ini masih bebas dan mendukung sistem keadilan dan kehakiman dengan baik apabila yang benar-benar bersalah masih tidak akan terlepas dengan mudah jika sudah ada bukti kukuh.

Selepas Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga tidak kurang hebatnya menuntut simpati daripada orang ramai dengan wajah sedih menyatakan bahawa dia sudah menerima hakikat bahawa dia akan dipenjarakan.

Guan Eng kata begitu sebab dia tahu jenayah rasuah yang dia lakukan membeli sebuah banglo dengan harga lebih murah dari harga pasaran dengan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang memang salah dan dia tahu di mahkamah perbicaraan adil itu akan mendapati dia bersalah.

Dia manipulasi keadaan dengan kata BN dengki pada dia dan mahu lihat dia dalam penjara. Kalau BN, yang beli atau miliki banglo berkenaan ialah Guan Eng bukan orang-orang dalam BN.

Sekarang ini, kisah DAP dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Mereka sendiri yang cuba seleweng pemilihan supaya pihak tertentu kekal menang kemudian kantoi, pun tuduh kerajaan ada niat buruk terhadap mereka.

Akibat daripada kerja jahat itu, ada ahli DAP buat laporan kepada ROS dan maklumkan ada penipuan berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan ROS ambil tindakan tidak iktiraf jawatan anggota CEC yang baru dan mahu pemilihan diadakan semula.

Selepas diarahkan buat pemilihan semula kerana DAP sendiri langgar Akta Pertubuhan 1966, DAP kononnya kata akan mengadakan pemilihan semula jika terus “dipaksa” berbuat demikian.

Ayat ini ayat hendak sembunyikan rasa takut dan rasa bersalah kerana takut DAP diharamkan atau tidak dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) jika enggan mematuhi peraturan.

Mereka hendak jadi mangsa kononnya dipaksa oleh ROS dan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Apa mereka ini ingat rakyat tidak nampak dan tidak tahu?

Itu belum lagi cerita pasal Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad yang asyik suruh kerajaan BN tangkap dan heret dia ke mahkamah untuk ambil watak mangsa politik. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*