Berjayakah DAP Di Melayukan?

Share This:

Sekitar tahun 1966, DAP telah ditubuhkan oleh Lim Kit Siang yang pada ketika itu merupakan anak didik utama Lee Kuan Yew yang telah membawa keluar Singapura dari Persekutuan Malaysia dan sekaligus membentuk sebuah negara Republik. Berteraskan idealogi yang diterapkan Lee Kuan Yew, maka bergeraklah Lim Kit Siang untuk membawa idealogi Malaysia Malaysiannya di negara ini.

Berdekad telah berlalu, walaupun sebelum ini usahanya untuk membawa idealogi Malaysia Malaysian tidak pernah dapat diterima oleh kaum Melayu, namun memasuki abad ke 21, idealogi yang diperjuangkan DAP dan Lim Kit Siang ini secara perlahan-lahan mula diterima. Semuanya hasil daripada sedikit pengubah suaian gerak kerja parti yang di lihat kini lebih mesra kepada kaum Melayu berbanding sebelum ini.

Dalam konteks ini, Lim Kit Siang dan DAP harus berterima kasih kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin memberikan input dan pengubah suaian yang berkesan untuk menjadikan gerak kerja DAP yang lebih kepada Republik dan hak samarata kaum ini, tidak dapat dikesan oleh kaum Melayu itu sendiri.

Kini timbul persoalan, adakah DAP telah berjaya di Melayukan oleh anak-anak Melayu yang beridealogikan kesamarataan kaum, agama dan mahu hidup lebih liberal dan bebas? Dalam hal ini, DAP sebenarnya masih belum berjaya di Melayukan oleh anak-anak Melayu yang hari ini tanpa segan silu menyertai parti ini.

Namun, usah tersilap hitung kerana DAP hari ini sudah boleh menggunakan “topeng keMelayuan” untuk memikat hati kaum Melayu mengundi mereka. Mereka sedar, idealogi ultra kiasu yang dibawa oleh mereka sejak sekian lama telah menyebabkan mereka sukar untuk meraih undi kaum Melayu.

Oleh yang demikian, mereka cuba menggunakan pendekatan lebih lembut untuk mengaburi mereka yang terlalu cetek dengan politik atau mereka yang meletakkan hawa nafsu kuasa sebagai “tuhan” mereka. Hari ini, DAP sudah boleh dengan gah menyatakan bahawa parti mereka sebenarnya adalah multirasial walhal hakikatnya penguasaan satu kaum jelas terpampang pada setiap hirarki parti berkenaan.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana pemilihan CEC DAP pada tahun 2012 yang menyaksikan 8 orang kaum Melayu tewas teruk pada pemilihan berkenaan. Kesemua jawatan utama parti berkenaan adalah milik kaum Cina yang dikuasai oleh Dinasti Lim selain daripada menjadi milik waris Mediang Karpal Singh. Jika adapun nama Melayu dia adalah Zairil Khir Johari, seorang lelaki yang bukan Melayu sepenuhnya.

Adakah ini bukti DAP telah berjaya di Melayukan atau layak untuk dijulang sebagai sebuah parti yang akan memperjuangkan untung nasib kaum Melayu dan agama Islam di negara ini? Untuk soalan ini, bagi kaum Melayu yang rasional dan berfikiran waras, jawapannya sudah tentu tidak. Namun bagi pentaksubnya, tidak salah mencuba corak dan cara pentadbiran DAP yang kononnya hari ini sudah mula diterima baik oleh kaum Melayu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*