Aktivis Dedah Ramai Pelancong Termakan Daging Anjing Di Bali

Share This:

Pelancong yang bercuti di Bali mungkin tanpa disedari termakan daging anjing.

Memetik laporan Reuters, perkara tersebut didedahkan sekumpulan aktivitis selepas menjalankan siasatan selama sebulan ke atas penjualan daging anjing itu.

Dilaporkan kumpulan aktivitis, Animals Australia menyelongkar amalan penangkapan anjing, rumah penyembelihan dan penjual makanan jalanan.

Badan tidak meraih keuntungan itu mendakwa sehingga 100,000 anjing disembelih di Indonesia untuk dimakan setiap tahun – menerusi kaedah tidak berperikemanusiaan dan tidak bersih.

Rakaman yang diperoleh oleh kumpulan aktivitis itu juga menunjukkan seorang peniaga menjual daging dengan tanda huruf “R-W” yang sebenarnya merupakan tanda tempatan yang membawa maksud ‘daging anjing’ dalam Bahasa Indonesia.

Kumpulan hak asasi haiwan dijangka bertemu dengan pihak berkuasa Bali pada akhir bulan ini untuk menyeru agar dihentikan amalan tersebut.-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*