Terengganu Mampu Capai Sasaran Pelancong

Share This:

Pada tahun ini, kerajaan negeri yakin jumlah pelancong yang berkunjung ke negeri Terengganu dan mampu mencapai sasaran 5.5 juta yang ditetapkan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Terengganu berada dalam landasan terbaik bagi memenuhi sasaran walaupun berdepan dengan situasi ekonomi tidak menentu.

“Walaupun sasaran kita tidak letak tinggi sangat disebabkan keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan pelancong mengalami penurunan dan negeri lain juga mengalami masalah yang sama dan kita fokus menarik pelancong daripada negara-negara China dan Singapura”.

“Data jumlah pelancong yang datang banyak setakat ini mengikut sasaran yang diletakkan oleh kerajaan negeri dan insyaallah boleh mencapai sasaran 5.5 juta pelancong pada tahun ini”.

“Tumpuan pelancong pergi ke pulau dan kita mahu memberi fokus membawa pelancong melawat bandar Kuala Terengganu dan Tasik Kenyir yang mempunyai banyak tempat menarik”.

“Kehadiran pelancong semakin meningkat dan untuk di Pulau Redang telah mengalami peningkatan sebanyak 31.8% pelawat”.

“Sekarang ini kita akan memberi tumpuan kepada Kenyir dan Pulau Bebas Cukai dijangka beroperasi bulan September dengan kemudahan yang dilaksanakan”.

“Kita nak jadikan Kenyir ni bukan sahaja bebas cukai bagi produk tetapi juga bebas cukai untuk restoran makanan”.

“Selain pembukaan dua lagi pusat ikan kelah akan memberi peluang lebih ramai pengunjung datang ke sana”, katanya selepas mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak petang tadi.

Hadir sama Timbalan EXCO Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Tun Faisal Tun Abdul Razak.

Sementara itu Ahmad Razif memberitahu aktiviti pelancongan yang akan diadakan pada bulan ini adalah kejohanan lumba basikal De’ Perasing Ride@LPT2 pada 22 Julai ini yang akan menarik seramai 1,500 penyertaan yang dibahagikan kepada beberapa kategori

Bagi anda yang berminat dan ingin mendaftar pertandingan ini, boleh melayari laman web www.bikeaway.com.my atau menghubungi talian 011-1322 8966 (Ezani).

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*