“Tak Pakai Baju Je, Bukannya Bogel”- Faizal Tahir

Share This:

Baru-baru ini Faizal Tahir ada berkongsi sekeping gambar tidak berbaju bersama dua anak lelakinya ketika mengerjakan ibadah umrah.


Disebabkan itu, dia telah dihentam teruk oleh netizen gara-gara selalu memuat naik foto tidak memakai baju.


Namun penyanyi ini berkata yang dia langsung tidak mengambil endah tentang kritikan yang dilemparkan dan menganggap tidak berbaju adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dijadikan isu.

Foto: IG Faizal Tahir

“Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu malaysia tengok di TV. Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat,” katanya kepada Astro Gempak.

Foto: IG Faizal Tahir

Tambahan pula foto itu diambil semasa pelantun lagu Sejati itu sedang memakaikan ihram anak-anaknya sebelum mengajak mereka bergambar bersama.


Menurut Faizal lagi dia dapat menilai pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek melalui kritikan yang diberikan oleh pemintanya.

Biasalah, tak mudah nak puaskan hati semua orang, lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti. Jadi betabah sahajalah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*