Perpindahan: Mbappe Beli Rumah Baharu

Share This:

SETIAP orang pastinya mengimpikan sebuah rumah yang selesa dan lengkap untuk diduduki bersama keluarga.

Begitu juga pemain kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe yang turut membeli sebuah rumah baharu baru-baru ini.

Rumah yang terletak di Monaco itu sebagai bukti dia bersedia menolak tawaran daripada Arsenal, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang berusia 18 tahun itu menjadi buruan kelab terkemuka dunia selepas mempamerkan prestasi cemerlang musim lalu apabila menjaringkan 15 gol bersama Monaco.

Malah, Mbappe turut muncul penjaring termuda dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Masa depannya sering menimbulkan tanda tanya pada musim panas ini tetapi Monaco yakin Mbappe akan kekal bersama mereka.

Mbappe turut menandatangani kontrak sewaan sebuah rumah dekat dengan pusat latihan Monaco di mana dia sebelum ini turut disediakan bilik di kompleks tersebut sama seperti pemain lain.

Wakil pemain muda itu dijangka bertemu pengurus Monaco dalam masa terdekat.

Dia dipercayai akan menandatangani kontrak tambahan bernilai lebih 100,000 pound sterling seminggu yang menjadikannya pemain termuda menerima bayaran gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia.

Walaupun kontrak baharu tidak dipersetujui, dia masih boleh berkhidmat bersama Monaco selama setahun lagi.

Pengurus PSG Unai Emery berlepas ke Bondy, Paris untuk bertemu sendiri dengan bapa Mbappe, Wilfried.

Namun Wilfried bimbang dengan taktik permainan Emery yang mempunyai sejarah lebih memilih untuk menurunkan hanya seorang penyerang dan tidak mungkin mengetepikan penjaring terbanyak Ligue 1, Edinson Cavani.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger turut mencuba nasib untuk menyakinkan Mbappe supaya menyertai The Gunners menerusi perjumpaan selama tiga jam dengan pemain itu selepas Les Blues menundukkan England dalam aksi persahabatan Jun lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*