Nelydia Senrose Bercinta Dengan Bekas Suami Aktres Terkenal ?

Share This:

Nelydia Senrose menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dia menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas suami seorang aktres terkenal.


Pelakon cantik itu menjelaskan kini dia lebih selesa solo selepas kecewa dengan percintaan yang lepas.


“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya. 


“Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?” katanya kepada Berita Harian.

Foto: IG Nelydia Senrose

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini juga lebih selesa berkawan biasa dengan lelaki tersebut.


“Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua. 

“Selepas putus cinta beberapa tahun lalu, saya belum ada kekasih. Saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta,” tambahnya.


Foto: IG Nelydia Senrose

Agak-agaknya siapa gerangan bekas suami aktres terkenal yang dimaksudkan ya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*