Mungkinkah harta Mahathir di US Bakal Disita

Share This:

TAHUKAH anda bahawa penjara bukan perkara yang paling Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) takut. Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak takut dipenjarakan maka apakah yang paling beliau runsingkan selama ini?

Baru-baru ini Mahathir cuba memberi gambaran bahawa beliau bakal dipenjarakan atas alasan “tahanan politik” memandangkan beliau merupakan ancaman kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila beliau terlalu berusaha memberi gambaran tersebut maka dengan sendirinya rakyat tahu bahawa beliau cuba menutup salahlaku yang berlaku dalam isu kerugian forex Bank Negara AS $ 10 bilion.

Malah ramai pihak mempertikaikan mengapa Mahathir perlu dihantar ke penjara sekiranya kerugian AS$ 10 bilion hanya merupakan perkara “normal dalam menjalankan perniagaan”, bermakna tidak ada jenayah yang dilakukan seperti dakwaan bekas PM tersebut.

Jawapannya mudah! Mahathir tahu bahawa mereka telah berbohong kepada negara selama 25 tahun. Kini RCI akan membongkar kebenaran apabila siasatan dijalankan. Jenayah akan didedahkan.

Menurut sumber, sebahagian daripada kerugian forex Bank Negara yang merupakan kerugian palsu akan didedahkan. Rakyat akan tahu sebenarnya wang tersebut dicuri namun ditipu sebagai ‘ kerugian normal forex’.

Berdasarkan kepada sebab-sebab tersebut maka Mahathir dikatakan tahu bahawa beliau mungkin ke penjara. Namun ramai yang tidak sedar bahawa hukuman penjara itu hanya perkara kecil bagi Mahathir. Beliau boleh saja memohon untuk menjadi tahanan rumah.

Persoalannya, jika kerajaan Malaysia menghantar bukti ini kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat(DoJ) dan mereka mengadakan sidang akhbar mengatakan bahawa mereka akan merampas hak milik Mahathir serta keluarga dan sahabatnya Di Amerika Syarikat atas sebab semua wang tersebut dicuri dari Bank Negara, apakah kesannya terhadap Mahathir.

Rakyat Malaysia juga tahu yang Mahathir juga mempunyai rangkaian hartanah mewah di London, sebuah ladang besar di Argentina, dan sebagainya, yang mana kerajaan Malaysia boleh membekukan harta Mahathir termasuk harta keluarganya yang memiliki hampir 500 syarikat.

Sekiranya harta Mahathir dirampas maka ini merupakan hukuman yang lebih teruk daripada dipenjarakan. Jika Mahathir dan keluarganya kehilangan semua kekayaan mereka, ia akan jauh lebih buruk daripada kematian bagi individu yang bernama Mahathir.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*