MRT-1 Beroperasi Sepenuhnya 17 Julai Ini

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan laluan Pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan beroperasi sepenuhnya minggu depan menerusi laman mikro Twitter miliknya.

Foto: Twitter PM Datuk Seri Najib Razak

Memetik Bernama, laluan itu akan beroperasi dengan pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada 17 Julai ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT Datuk Najmuddin Abdullah berkata, fasa kedua Laluan SBK mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Foto: Bernama

Sementara itu, MRT-2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) dijangka siap pada 2022 manakala laluan terakhir iaitu MRT-3 yang membabitkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan.

Terdahulu, fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen sudah mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Disember lalu.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*