Malu Kena Perli “Langkah Kajang”, Rafizi Mula Buat Ramalan Bukan-Bukan

Share This:

Sudah terpalit malu dek kerana diperli pasal “Langkah Kajang” Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli nampaknya seperti budak kecil mula menyerang balas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ramalan yang paling tidak masuk akal sekali.

Naib Presiden PKR itu kata Najib tidak akan kekal lama walaupun Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Kenyataan sedemikian hanya akan dibuat oleh orang yang bimbang dan ketakutan akan kalah dek kerana kelemahan serta kegagalan dirinya sendiri. Jika Barisan Nasional (BN) menang, mana mungkin Najib akan tersungkur kerana calon-calon yang diperkenalkan BN diputuskan oleh Najib selaku Pengerusi BN.

Semalam, Rafizi jadi bosan sekejap pada isu minyak dan mengarahkan kakitangan di badan INVOKE kendaliannya untuk membuat carian dan kajian berkaitan Najib dalam usaha untuk membalas sindiran pedas Najib.

Semalam di Twitter, Najib berkata siapnya projek MRT laluan Semantan – Kajang adalah Langkah Kajang sebenar bukannya Langkah Kajang seperti idea Rafizi yang gagal malahan menyusahkan rakyat.

Ramalan Rafizi juga menyebut Najib bakal digulingkan oleh ahli partinya sendiri.

Pada ketika ini, ahli UMNO semakin kuat bersatu menyokong Najib semenjak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lepas lagi.

Kemenangan di beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang melibatkan ada pertandingan tiga penjuru juga menunjukkan ramalan Rafizi tidak akan menjadi kenyataan.

Tinjauan mendapati BN akan memperoleh kelebihan daripada pertandingan 3 penjuru di kawasan majoriti Melayu, dan PAS akan menerima undi lebih rendah daripada Amanah.

Melalui siaran langsung di Facebook hari ini, Rafizi berkata tunjauan dijalankan setiap hari sejak Disember 2016.
Setakat ini, dapatan menunjukkan PH akan menang 97 kerusi sementara BN akan menang 125 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.

“Sekiranya ini benar-benar berlaku, percayalah akan ada cubaan untuk menyingkir Najib dari dalam Umno.

“Saya tak percaya Najib boleh bertahan dengan sekadar majoriti 13 kerusi. Ada kemungkinan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dan menyertai PH. Wakil rakyat BN akan melompat dari kapal karam Najib,” katanya.

Rafizi patut sedar bahawa beliau yang sebenarnya tidak akan kekal lama bebas kerana sudah dihukum penjara oleh mahkamah kerana kesalahan mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). – pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*