Malaysiakini Nakal, Sahkan Nenek Moyang Mahathir Berasal Dari Kerala

Share This:

Portal Malaysiakini nampaknya bersikap sinis dan agak jahat kepada Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad apabila mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu adalah sebenarnya berketurunan India.

Pada mulanya portal itu membuat laporan berkenaan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan beliau Perdana Menteri yang lebih berjasa kepada kaum India berbanding Perdana Menteri yang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Najib ada kata bahawa pemimpin terdahulu tidak berjasa termasuk seorang Perdana Menteri yang berketurunan dari negara India.

Malaysiakini dalam laporannya berkata Mahathir lah orangnya dan Najib dalam ucapannya itu menyindir beliau kerana nenek moyang Mahathir berasal dari daerah Kerala di negara itu.

Padahal, Najib pada mulanya hendak menjaga aib seseorang dengan tidak menyebutkan nama beliau tetapi Malaysiakini yang nampak seakan-akan seperti batu api terus mahu melagakan Najib dan Mahathir.

Terdahulu, Presiden MIC Dr S Subramaniam dalam ucapannya sendiri menyatakan bahawa Najib telah melakukan lebih daripada apa pemimpin terdahulu lakukan sebelum Najib.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, pada bajet setiap tahun, kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk sekolah aliran Cina dan Tamil, serta sekolah agama.

Hampir RM900 juta diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya lakukan perkara ini sebab saya percaya inilah patut dilakukan secara adil untuk semua. Bukan setakat itu, kita akan terus menambah bilangan SJKT.

“Seperti dijanjikan pada 2013, kita janji bina enam SJKT baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 530 sekolah.

“Empat sekolah dalam proses pembinaan, satu akan dibuka bulan depan dan satu lagi pada akhir tahun nanti. Semua janji kerajaan kita tepati,” katanya.

Kerajaan juga tidak mungkir dengan janji mereka apabila Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dirangka untuk memberikan kesejahteraan kepada masyarakat India di Malaysia.

Perdana Menteri berucap pada majlis menyemat plak dan pelancaran buku Kegemilangan 200 Tahun Pendidikan Tamil di Malaysia di SJKT Taman Permata di Dengkil di Selangor.

Memang tidak dinafikan bahawa bangsa India menerima kebaikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.

Di Selangor, pakatan pembangkang yang sudah menang juga tidak mampu memberikan apa yang dimahukan oleh masyarakat India yang jumlahnya agak ramai di negeri itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*