Faizal AF4 Kembali Menduda Untuk Kali Ketiga

Share This:

Juara Akademi Fantasia musim ke-4, Faizal memberitahu dia kini kembali menduda untuk kali ketiga selepas berpisah dengan bekas isterinya, Sahidatul Najiha.

 
Penyanyi berusia 33 tahun itu melafazkan cerai pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.
 

Foto: IG Faizal
“Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui.
 
“Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sebagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang,” katanya pada Insta Online.
 

Foto: IG Faizal
Menurut Faizal lagi, bukannya mudah untuk mencari wanita yang benar-benar memahami kerjayanya sebagai seorang artis. 
 
“Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.
 
“Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa,” tambahnya.
 

Foto: Insta Online
Faizal sebelum ini pernah berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 2009 namun bercerai empat tahun kemudian. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. Dia berkahwin semula pada tahun 2013 namun hanya mampu bertahan selama dua tahun.
 
Kali ketiga berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan.
 
Apa pun, semoga Faizal tabah menghadapi dugaan dan bertemu jodoh tidak lama lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*