Ekspresi FELDA Negaraku Bakal Dihadiri Lebih 50,000 Pengunjung, Kongsi Kejayaan

Share This:

Ini bukan jangkaan tapi sudah hampir pasti bahawa seramai kira-kira 50,000 orang akan hadir dan memeriahkan program Ekspresi FELDA Negaraku di Putrajaya nanti sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2017.

Menurut jadual, ia bakal diadakan di Persiaran Perdana, Putrajaya, bermula dari 21 hingga 23 Julai ini.

Pengarah Publisiti Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata tujuan utama program itu adalah untuk mendedahkn orang ramai tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh FELDA yang tidak diketahui.

“Kita ingin paparkan tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh peneroka dan generasi anak-anak peneroka FELDA yang kini menjadi usahawan dan selebriti tanah air termasuk perkembangan FELDA sejak daripada awal penubuhan sehingga kini.

“Antara perkara lain yang ramai yang tidak tahu tentang Felda ialah Felda Lurah Bilut, Felda Tun Ghafar termasuk Felda di Sabah adalah terdiri daripada kaum-kaum lain dan bukan orang Melayu,” katanya pada taklimat media mengenai program tersebut di Putrajaya, semalam.

Tindakan pemimpin pembangkang ke atas FELDA atau nama penuhnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan hanyalah bertujuan tanam rasa tidak percaya pada rakyat jika didedahkan perkara berkaitan kejayaan agensi itu. Rakyat disuruh percaya bahawa FELDA adalah agensi yang digunakan kerajaan untuk melindungi kepentingan peribadi.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli antara yang selalu mengutuk FELDA sehingga menuduh masa depan agensi itu gelap dek kerana pelaburan yang tidak ada masa depan.

Bagaimanapun, pelaburan yang dibuat oleh FELDA dilihat raih banyak keuntungan dan membolehkan agensi itu terus kekal kukuh di negara ini.

Pada hari program Ekspresi FELDA Negaraku itu nanti, ada kemungkin ia boleh dihadiri lebih dari 50,000 orang tetapi lebih kerana golongan peneroka dilihat sebagai kumpulan yang kuat menyokong kerajaan kerana jasa dan kemudahan yang telah diberikan kepada mereka melalui FELDA. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*