Dek Kerana Lewat Hidang Makanan, Isteri Ditembak Di Kepala

Share This:

Pada Selasa lalu, seorang lelaki ditahan setelah dipercayai menembak mati isterinya hanya kerana lewat menghidangkan makan malam.

Menurut pegawai polis Ghaziabad Rubesh Singh, suspek Ashok Kumar, 60 tahun, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada malam Sabtu dan mula bertengkar dengan isterinya, Sunaina, 55.

Suspek yang naik berang kemudian menembak isterinya di kepala.

Sunaina dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor, lapor portal BBC.

Difahamkan, Ashok mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya.

“Pada Sabtu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan bertengkar dengan isterinya. Mangsa yang sedih dengan tabiat suaminya itu cuba berbincang, namun Kumar tidak menghiraukannya dan memaksa mangsa untuk menghidangkan makanan.

“Suspek kemudian naik berang kerana menunggu lama dan bertindak menembak mangsa,” kata Rubesh Singh.

Pada setiap tahun, keganasan rumahtangga adalah jenayah kekerasan yang paling kerap dilaporkan terhadap wanita di India.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*