Curi Minum Susu Badan Rakan Sekerja Siap Puji ‘Manis Dan Lazat’

Share This:

Tidak senonoh dan menggelikan! Bukan sahaja mencuri, lelaki dari Hong Kong ini malahan meminum susu badan rakan sekerja dan menggantikannya dengan susu lembu.

Memetik Apple Daily seperti dilaporkan The Sun Daily, wanita berusia 26 tahun dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Wan Chai membuat laporan polis berikutan  kecurian dua botol susu badannya yang disimpan di dalam peti sejuk di pejabat berkenaan pada Isnin lalu.


Tertuduh didakwa menghantar sebuah mesej kepada rakan sekerjanya untuk memuji susu badannya ‘sangat manis dan lazat’ serta meminta lebih lagi.

Sebaik polis tiba di lokasi kejadian, suspek bernama Yiu, 42, mengaku meminum susu badan itu dan menggantikannya dengan susu lembu. Dia kemudiannya ditahan atas tuduhan mencuri.

Agensi terbabit mengesahkan Yiu merupakan pegawai telekomunikasi mereka dan akan mengambil tindakan mengikut prosedur ditetapkan.

Suspek akan dibicarakan di mahkamah pada Jumaat ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*