Chelsea Kena Main Dengan Manchester United

Share This:

MANCHESTER United bakal memulakan ‘perang’ sebelum musim baharu bermula jika merampas sasaran The Blues iaitu Tiemoue Bakayoko.

Ini kerana, United dilapor telah memberitahu Monaco bahawa kelab itu akan melakukan bidaan lebih baik jika Chelsea turut membida pemain muda tersebut.

Kenyataan itu membuatkan Monaco yakin mampu mendapat tawaran lebih baik jika Chelsea mahukan Bakayoko, 22 tahun.

Chelsea mula berang terhadap United apabila sasaran utama mereka iaitu Romelu Lukaku dirampas ketika semakin menghampiri Stamford Bridge.

Setakat ini Chelsea dikatakan telah membida Bakayoko sebanyak  £37.5 juta.

Namun United dengan mudah sedia memberikan sebanyak £40 juta kepada Monaco untuk merencatkan usaha Chelsea.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*