Bahana Salah Faham, Lelaki Tetak Kepala Adik

Share This:

Akibat salah faham antara dua beradik, seorang wanita cedera ditetak abangnya di Kampung Batu Tiga, Lawas, petang kelmarin.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian jam 3 petang itu, suspek, 28, menetak kepala mangsa menggunakan sebilah parang.

Mangsa, 20, dilaporkan cedera di kepala dengan luka sepanjang satu sentimeter dan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Lawas.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad, kejadian berkenaan hanya disedari keluarga mangsa selepas terdengar raungan kesakitan mangsa.

Tambahnya, bapa mangsa berusia 56 tahun melaporkan kejadian di Balai Polis Lawas sementara mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Polis ke lokasi sejurus menerima laporan dan menahan suspek di rumah terbabit.

“Polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*