Bahagian 1 : FELDA, Dari Bumiputera Kepada Bumiputera

Share This:

Kira-kira lebih 60 tahun yang lalu, Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengambil maklum tentang kedaifan kaum Melayu di Tanah Melayu. Manakan tidak, pada waktu itu, beliau bersama-sama barisan kabinet bayangannya sedang sibuk untuk memastikan Tanah Melayu ini mengecapi kemerdekaan mutlak setelah berjaya mengadakan Pilihan Raya Pertama pada tahun 1955.

Tambahan pula pada waktu itu, terdapat pelbagai ancaman yang boleh mengancam penduduk di Tanah Melayu antaranya ancaman dari pengganas komunis yang dilihat cuba untuk menggagalkan impian Tunku bersama-sama kaum Melayu yang lain untuk mengecapi kemerdekaan. Lebih memburukkan keadaan, komposisi kaum Melayu itu sendiri agak berselerak tanpa ada sebarang usaha khusus untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Bertitik tolak dari situlah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority yang lebih kit akenali hari ini dengan nama FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.

Sebagai permulaan, modal perlaksanaannya adalah sebanyak RM10 juta dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Dan ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak Hussien.

Tujuan penubuhan FELDA ini antara lain berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.

Disamping itu juga ianya turut berperanan untuk menempatkan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pada dekad 1960an dan 1970an, kerajaan mula menekankan kepelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, penempatan penanaman kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka dengan 3.75 kilometer kaki persegi tanah. Sehingga tahun 2000, sebanyak 6,855.2 kilometer persegi tanah di bawah rancangan FELDA dibuka dan menumpukan kepada penanaman kelapa sawit.

Di awal pembukaan tanah Felda ini, ancaman dari pengganas komunis tidak pernah reda. Ada sahaja gangguan yang mereka cuba lakukan termasuk ada diantara peneroka menemui ajal apabila ada pengganas komunis mula menyerang penempatan semula ini. Prihatin atas masalah ini, Tun Abdul Razak telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan peneroka-peneroka ini.

Nyata, pilihan dan cadangan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta kebijaksanaan perlaksanaan yang dibuat oleh Tun Abdul Razak ini mula membuahkan hasil apabila ianya mampu melonjakkan semula pendapatan kaum bumiputera selain daripada mewujudkan lebih banyak penempatan semula. Paling utama, peluang pekerjaan turut mampu diwujudkan disaat negara baru sahaja mengecapi kemerdekaannya.

Bersambung

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*