Amukan Pesakit Mental

Share This:

Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental mengamuk dengan menggunakan dua bilah parang panjang di rumahnya di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh, semalam.

Memetik BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, ibu suspek, 56, turut berada di rumah itu.

“Bimbang dengan keselamatan diri, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Daerah Ipoh sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Tambah Abdul Rani, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati suspek, 36, sedang memegang parang sepanjang 70 sentimeter (cm) dan 72 cm di kedua-dua tangannya.

“Anggota polis cuba memujuk suspek untuk meletakkan senjata dipegangnya namun lelaki itu lari menuju ke Sungai Pari sambil diekori polis.

“Polis mengambil masa kira-kira satu jam setengah memujuk dan berlaku sedikit pergelutan ketika cuba menahannya,” katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.

Tambah Abdul Rani, siasatan awal mendapati suspek sebelum ini terbabit tiga kes jenayah lampau iaitu satu kes jenayah dan dua kes dadah.

“Suspek pernah dua kali ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dekat sini kerana masalah mental.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*