Video ‘Penculik’ Anak Kucing Diberi Hak Penjagaan

Share This:

Sebenarnya, ia mungkin kedengaran agak kelakar tapi rupa-rupanya ada kucing yang sanggup menculik anak kucing dari ibu lain supaya dapat dijadikan anak angkat.

Kejadian pelik itu dikongsi oleh SBS TV dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan.

Menurut SBS TV, kucing terbabit ‘menculik’ keempat-empat anak kucing dari kawasan berdekatan dan membawa kesemua mereka pulang ke rumahnya.
Bukan setakat bermain-main, kucing itu turut memberikan susu kepada ‘anak-anaknya’ itu.

Namun, seorang lelaki yang dipercayai penjaga kepada penculik itu berkata dia terpaksa memulangkan kembali anak-anak kucing itu kepada ibu asalnya.

Apabila sedar semua anak-anak angkatnya hilang, kucing terbabit mula menggelabah dan tercari-cari. Sementara itu, anak-anak kucing tersebut dipulangkan semula kepada ibu kandung mereka.

Namun, perkara mengejutkan berlaku apabila ibu itu seperti tidak menginginkan lagi anak-anaknya. Malah ia turut marah apabila didekati oleh salah seekor anaknya.

Disebabkan itu, anak-anak kucing tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada penculik mereka.

Di akhir video ini, anak-anak kucing itu dikatakan gembira bersama ibu baharu mereka. Namun, misteri mengapa ibu kandung anak-anak kucing itu tidak menginginkan anak-anaknya masih tidak terjawab. Tetapi sekurang-kurangnya ibu angkat itu mendapat ‘hak penjagaan’ untuk menjaga anak-anak barunya itu.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*