Video Lelaki Persis Pak Lebai Bergoyang Dangdut Dikecam Teruk

Share This:

MEMALUKAN! Sejak beberapa hari yang lalu, media sosial di Indonesia heboh memperkatakan tentang seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang berpakaian seperti “Pak Lebai” rancak menari dangdut dalam satu majlis keraian.


Menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 5 saat itu, lelaki itu dilihat masih gagah dan lincah “bergoyang” bersama dua penyanyi dangdut wanita sambil disaksikan puluhan penonton.

Dimuat naik di laman Facebook Aieyssekiya.NET pada 29 Jun 2017, video itu ditonton lebih 400,000 kali, mendapat lebih 3,200 perkongsian dan mengundang lebih 1,400 komen.

Kredit video – Aieyssekiya.NET

Rata-rata marah dan menganggap tindakan lelaki itu telah menghina kesucian Islam.



“Aduhhhh…hancur…bapak buka dulu sorbanx baru joget malu atuhhhhh…????” kata Santiy Santiy mengulas video itu.


Muh Farid Kurniansyah : “Inilah bermunculan ustazd yang topengan..Munculnya para munafik”

Manakala Rizal Yoga pula berpandangan satu kampung tersebut layak menjadi “ahli neraka”.

“Dasar dajjal, satu kampung tu kyaknya ahli neraka. Masak ibuk2 brjilbab jga kstu, anak2 jga asik nnton bapaknya. Dasar babi”.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen yang lain pula tidak tersentap dengan tindakan lelaki berpangkat pak cik tersebut kerana menganggap tidak salah jika sesekali berhibur.

“Masih di atas normal..wajar aja manusia butuh hiburan..itu kan di acara nikah..lagian kan ceweknya aja yang terus mendsaki bapak itu..padahal bapak itu dah berusaha menghindar juga..kalau buat saya mah masih wajar aja..” kata Senja Zauzaha.

Menerusi beberapa komen lain yang sempat penulis baca, salah seorang pengguna Facebook mengatakan kemungkinan besar lelaki itu melatah akibat diusik seseorang dan terus menari dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*