Tahun Ini 1,100 Orang Dipilih Ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri 1MDB

Share This:

Seramai 1,100 orang dipilih mengikuti Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memasuki penganjuran kelima tahun ini.

Mereka terdiri daripada imam, ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata, biarpun 1MDB terus ditohmah, syarikat pelaburan tersebut telah banyak berjasa dengan menaja 5,711 jemaah haji Malaysia dengan nilai lebih RM57 juta sejak lima tahun lepas.

“Rakyat perlu faham, tidak semua yang tidak baik itu berhubung dengan 1MDB.

“Sebahagian daripada keuntungan memang kita lakukan untuk kerja-kerja seperti ini. Beratus-ratus juta kita bantu untuk kebajikan rakyat, ini orang tak sebut. Tuan-tuan (lah) patut mempertahankan kebaikan yang dilakukan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Tegasnya, tidak perlu untuk bertindak sehingga mahu menjatuhkan kerajaan hanya kerana skandal yang melanda 1MDB.

“Sebab itulah saya tak nak apa-apa, cuma saya nak tuan-tuan berdoalah sebanyak-banyaknya di padang Arafah, di depan Kaabah, di mana-mana sahaja yang mustajab.

“Berdoalah program ini boleh diteruskan, kalau kerajaan ada hari ini kekal berkuasa,” tambah Najib.

Selain menerima kira-kira RM20,000 subsidi haji, peserta tahun ini turut menerima wang saguhati sebanyak RM1,000 dan sepasang jubah setiap seorang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*