Siapa Sebenarnya Yang Cuba Menjahanamkan Ekonomi Negara?

Share This:

Dikalangan pemimpin pembangkang, antara tajuk utama yang kerap dimainkan oleh mereka adalah beberapa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib tun Abdul Razak yang dituduh mereka sebagai gagal membawa ekonomi negara ketahap yang lebih baik. Pelbagai alasan mereka kemukakan antaranya kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai GST, 1MDB dan banyak lagi.

Untuk ini, mereka akan mengeluarkan pelbagai kenyataan media menerusi portal rasmi mereka Malaysia Kini dan ada diantara mereka cuba membawa kuasa asing mencampuri urusan negara seperti mana yang dilakukan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, menerusi NGO BERSIH, gabungan pemimpin pembangkang dilihat cukup giat menyebarkan dakyah kononnya kerajaan telah menjahanamkan ekonomi Malaysia. Maka dari situlah wujudnya istilah “Selamatkan Malaysia” yang dilancarkan Mahathir kononnya mahu menyelamatkan negara dari tangan-tangan yang cuba menghancurkan negara.

Lebih melucukan adalah, sewaktu kegawatan ekonomi bermula penghujung 2015 sehingga awal tahun ini, mereka mendakwa Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDBlah punca kenapa ekonomi Malaysia merosot termasuklah kejatuhan matawang negara. Malah, mereka juga menuduh kerajaan adalah penyebab kepada kejatuhan dan kenaikan harga minyak.

Ironinya, dakyah yang mereka sebarkan ini ditelan bulat-bulat oleh para pengikutnya. Dari sinilah munculnya para peserta demo yang mereka anjurkan. Tidak cukup dengan itu, menerusi laman-laman sosial, mereka giat menyebarkan dakyah palsu tanpa sebarang bukti sehinggakan ada diantara golongan profesional dan ulama turut terpengaruh dengan hasutan jahat pembangkang ini.

Istilah Malaysia bakal mflis juga kerap kali dikumandangkan oleh mereka yang membenci kerajaan. Persoalannya, sudah berapa kali tarikh yang diberikan oleh pembangkang kononnya Malaysia bakal muflis namun kesemua itu nyata jauh meleset? Jika Malaysia benar-benar menuju negara muflis, kenapa mereka beriya-ia mahu menumbangkan Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan?

Hakikatnya, segala dakwaan mereka termasuk dakwaan terbaru dari Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh yang mendakwa kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib sengaja mensabotaj ekonomi Malaysia, adalah satu dakwaan karut dan bersifat andaian semata-mata. Dengan mengemukakan bukti melalui Indeks Harga Pengguna (IHP), dia meletakkan segala beban kesalahan kenaikan harga dan ekonomi ini kepada kerajaan.

Ingin ditanyakan kepada Syed Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain, adakah IHP ini adalah petunjuk kepada keadaan ekonomi negara? Adakah mereka menganggap segala jenis kenaikan atau kejatuhan harga ini terletak kepada kerajaan? Jika jawapan mereka ya, ingin ditanyakan, sejak bila kerajaan melakukan sebarang urusniaga peruncitan seperti pembekalan ayam, telur, sardin, ikan dan sebagainya?

Syed Ibrahim mungkin terlena untuk mengetahui bahawa kerajaan sejak dari zaman merdeka lagi tidak melakukan sebarang urusniaga peruncitan. Kerajaan tidak pernah membuat perniagaan pembekalan ayam, penangkapan ikan, pembekalan telur dan sebagainya. Apa yang boleh dilakukan kerajaan adalah cuba untuk mengawal harga pasaran melalui skim yang dipanggil harga syiling.

Namun, bukan semua barangan boleh di letakkan dibawah skim harga syiling kerana ada diantara barang mentah yang harus mengikut kadar harga pasaran. Ini adalah ekonomi asas yang difahami oleh semua pihak. Mana mungkin seorang ketua penerangan parti terlalu naif untuk mengetahui perkara asas sebegini?

Adakah Syed Ibrahim pernah mendengar akan istilah kuasa pengguna? Hari ini, pembekal, pemborong dan peruncit bukan dikuasai oleh pelbagai kaum. Sebaliknya, sejak sebelum merdeka lagi, penguasaan kaum Cina terhadap industri peruncitan ini telah berlangsung dan sehingga kini masih gagal ditandingi oleh sesiapa.

Justeru, bukan satu perkara mengejutkan sekiranya segala jenis harga makanan dan bekalan ditetapkan oleh mereka. Mereka yang menentukan segala harga dan bagi peniaga, mereka hanya menjual harga barangan berkenaan mengikut harga yang ditetapkan oleh pembekal, bukannya kerajaan seperti yang didakwa oleh Syed Ibrahim. Adakah inipun tidak difahami oleh seorang ketua penerangan?

Jika mendakwa cukai GST adalah punca kenapa harga barangan naik, kenapa syed Ibrahim tidak mengkaji, trend kenaikan ini sebenarnya telah berlaku sekitar bulan Disember 2014, lima bulan sebelum perlaksanaan GST pada 1 April 2015. Pihak pembekal dan pemborong sebenarnya telah menaikkan harga barangan jauh lebih awal bagi mengatasi sebarang kerugian yang mungkin akan timbul akibat perlaksanaan GST.

Cuba Syed Ibrahim bezakan antara 10 peratus cukai jualan dicampurkan dengan 5 peratus cukai perkhidmatan dengan kadar caj GST sebanyak 6 peratus hari ini, yang mana labih tinggi? Sudah pasti 6 peratus bukan? Kenapa pula harga barangan naik? Kenapa Syed Ibrahim tidak melihat apa yang berlaku sepanjang November dan Disember 2014? Kenapa mudah menunding jari kepada kerajaan?

Kerajaan yang ada hari ini sedaya upaya membantu rakyat mengatasi beban kos sara hidup yang diakui semakin meningkat. Namun harus diingat, sejak negara mengecapi kemerdekaan, tidak ada walau satu barang pun yang mengalami penurunan harga. Semuanya semakin hari semakin meningkat sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa.

Apa yang pasti, apa yang disuarakan oleh Syed Ibrahim dan kebanyakan pemimpin pembangkang ini pada dasarnya elok. Cuma mereka gagal memberikan keyakinan bahawa andai mereka berjaya membentuk kerajaan, harga barang akan mengalami penurunan. Mereka sendiri tidak berani untuk berjanji harga barang akan turun seperti mana kegagalan mereka melaksanakan walau satu pun manifesto pilihan raya mereka.

Syed Ibrahim juga wajar meronda disekitar bandaraya untuk melihat sendiri betapa “menderitanya” rakyat Malaysia akibat kenaikan harga barang. Syed Ibrahim juga wajar merenung sejenak angka RM 12. 1 bilion yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia hanya untuk membeli telefon bimbit. Syed Ibrahim juga perlu menilai semula kadar KDNK negara yang diunjur mencecah angka 5 peratus disamping pengiktirafan dunia terhadap tadbir urus ekonomi negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*