Saya Fikir, Mereka Tidak Akan Sanggup Tinggal Lebih Sehari Di Negara Saya!

Share This:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang merungut akan kenaikan harga barangan serta kesukaran untuk mneruskan kehidupan seharian akibat tekanan kenaikan harga barangan, terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Ada sahaja rungutuan mereka akan kedengaran samada menerusi media massa mahupun menerusi media-media sosial.

Ajaibnya, disaat rungutan mereka kuat kedengaran, Malaysia antara negara yang mencatatkan pembaziran makanan yang tertinggi di dunia. Malah, Malaysia juga mencatatkan satu rekod baru apabila mencatatkan sebanyak 17.l8 juta orang menggunakan telefon pintar dan sanggup membelanjakan RM 12.1 bilion hanya untuk memiliki telefon pintar terkini.

Tidak cukup dengan itu, tidak ada walau satupun bazar Ramadhan atau bazar Syawal bulan lalu lengang tidak dikunjungi oleh orang ramai. Malah, kesemua jaringan jalan raya samada lebuh raya mahupun jalan Persekutuan lengang tidak dilalui oleh kenderaan samada mahu pulang berhari raya mahupun enyambut hari raya bersama-sama sanak taulan.

Persoalannya, atas indeks apa yang mereka gunakan untuk menampakkan betapa deritanya mereka dengan kenaikan kos keperluan asas sehingga menekan kehidupan seharian mereka? Disatu kesempatan, penulis berpeluang menemubual seorang pendatang asing dari Bangladesh untuk mengetahui pandangannya tentang keadaan dan kehidupan di Malaysia.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Habibur Rahman memberitahu, dia tiba ke negara ini menerusi ejen kira-kira dua setengah tahun yang lalu. Sambil mengakui tertarik dengan cerita kemewahan yang ada di negara ini, dia juga mengakui mempunyai seorang pak cik yang telah berkahwin dengan wanita tempatan dan telah tinggal di negara ini hampir 10 tahun yang lalu.

Dia yang kini menjadi pekerja kepada pak ciknya disebuah kedai runcit di Seri Kembangan memberitahu, pada awalnya, dia memang agak takut untuk bekerja di negara ini setelah mendapat perkhabaran dari rakannya yang sering diinaya oleh majikan mereka. Namun, disebabkan keinginannya untuk mengubah kehidupannya, dia memberanikan diri untuk mencari wang di negara asing.

Dia mula bekerja dengan pak ciknya sekitar setahun yang lalu setelah pak ciknya mempelawanya untuk menjadi pembantu di kedai runcit yang dibeli sendiri oleh pakciknya secara tunai dari seorang lelaki Cina, kira-kira 4 tahun yang lalu. Sejak itu, dia bekerja di kedai berkenaan dengan gaji sebanyak RM 1,200 sebulan.

Ketika diajukan kepada Habibur Rahman tentang apa yang dialaminya di Malaysia, dia memberitahu, dia cukup bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di negara ini. Katanya, dia bebas untuk bekerja, mencari wang, membeli makanan yang enak di samping menyimpan sedikit untuk keperluannya di masa hadapan.

Penulis sempat bertanya, adakah dia berasakan bebanan tinggal di negara ini berikutan begitu banyak dakwaan dari rakyat tempatan yang dikatakan menderita akibat kenaikan kos sara hidup. Sambil tersenyum, Habibur Rahman berkata, andai seorang daripada rakyat Malaysia tinggal di rumahnya di Bangladesh, dia percaya, orang berkenaan tidak akan sanggup tinggal lebih daripada sehari.

Ini kerana, di negaranya, terlalu banyak perkara yang benar-benar menekan kehidupan rakyatnya. Dengan kekurangan pekerjaan ditambah dengan kadar upah yang minima, tidak ada sesiapapun dari Malaysia yang memperolehi pendapatan lumayan sanggup berada di negaranya. Malah dia memberitahu, hari ini, kira-kira lebih 10 ribu orang warga Bangladesh sedang menanti peluang untuk ke Malaysia.

Sambil memberikan contoh bagaimana seorang pekerja Bangladesh yang mempunyai pendapatan kira-kira RM 1,500 sebulan, mampu hidup dan menyimpan wang mereka. Katanya, kebiasaan pekerja Bangladesh ini begitu cerewet akan harga bawangan. Jika mereka biasa membeli pada harga RM 10, jika berlaku sebarang kenaikan, mereka sanggup mencari peniaga yang menjual harga barangan yang mereka ingini pada harga RM 10.

Oleh yang demikian, mereka akan dapat mengawal perbelanjaan disamping tidak begitu boros dengan wang gaji mereka. Hal ini telah dibuktikan oleh pak ciknya apabila mampu membeli sebuah lot kedai di Seri Kembangan secara tunai disamping baru sahaja membeli sebuah kereta Toyota Hilux juga secara tunai.

Persoalannya, kenapa rakyat Malaysia tidak mahu mencotohi betapa cermatnya pekerja Bangladesh ini menguruskan kewangan mereka? Habibur Rahman sendiri mengakui, jika mereka mahu merungut, sudah lama mereka boleh melakukan perkara demikian kerana menurutnya, sudahlah wang gaji yang dibayar kepada mereka tidak setimpal, bebanan kerja juga cukup berat sehingga dia pasti, tiada seorang pun rakyat Malaysia sanggup melakukan kerja yang mereka lakukan.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Orang luar melihat negara ini seperti lubuk rezeki, lubuk kemewahan dan lubuk kewangan. Tetapi rakyat sendiri melihat negara ini seumpama neraka walhal tanggapan mereka ini sebenarnya lebih menjurus kearah politik. Pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada berapa rajin kita berusaha dan betapa bijak kita menguruskan kewangan kita.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*