Lukaku Minta Sesuatu Dari Ibrahimovic?

Share This:

ROMELU Lukaku mendedahkan bahawa beliau meminta izin daripada Zlatan Ibrahimovic sebelum menyarungkan jersi nombor 9 di Manchester United.

Lukaku menyimpan jersi nombor 10 yang dipakainya di Everton selepas perpindahan bernilai £75 juta (RM415 juta) di Old Trafford.

Ia selepas Wayne Rooney membuat keputusan untuk kembali kepada Everton selepas 13 tahun bersama Manchester United.

Bagaimanapun, Lukaku mahu jersi nombor 9 dan menemui Ibrahimovic bagi mendapatkan keizinannya.

Lukaku berkata: “Saya sentiasa bertanyakan ibu saya tentang nombor, dan saya bermain menggunakan nombor 10 kerana tarikh lahir ibu saya pada 10 Oktober. Sebab itulah saya bermain menggunakan nombor 10.

“Saya minta nombor 9 kerana saya seorang penyerang. Dan penyerang bermain menggunakan nombor 9, jadi saya minta izin daripada Zlatan Ibrahimovic.

“Saya mahu berterima kasih kepada beliau kerana membenarkan saya menggunakan nombor itu,” katanya. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*