Keluarga Bukan Islam Teruja Dapat Bersunat

Share This:

Walaupun dirinya seorang penganut agama Hindu, namun disebabkan banyak bergaul dengan orang Melayu dan telah didedahkan dengan amalan bersunat sejak kecil lagi. 


Memetik laporan Sinar Harian, bagi A.Mahayesan berkhatan adalah syarat untuk anak lelaki dalam keluarga melangkah ke alam dewasa, selain melihat manfaat amalan wajib untuk kanak-kanak lelaki beragama Islam itu.

Jelas A. Mahayesan, pemahamannya tentang manfaat berkhatan yang diamalkan masyarakat Melayu semakin jelas apabila dia bekerja sebagai Pembantu Perubatan Kesihatan di Hospital Tuanku Ja’afar, sejak 23 tahun lalu.


“Bila saya tahu kawan-kawan nak bersunat, saya terfikir kenapa saya tak buat sama. Jadi, saya beritahu ayah dan ibu dan mereka bersetuju. Paling nostalgia kerana saya telah disunatkan seorang tok mudim dan ia dilakukan di surau di kampung saya di Jasin, Melaka. Semuanya OK saja”  katanya.


Dalam pada itu, sejak awal lagi, kedua-dua anak lelakinya turut digalakkan untuk berkhatan dengan cara tradisi masyarakat Melayu.


Difahamkan, kedua-dua anaknya iaitu Tinesh dan Parthiven yang masing-masing berusia 16 tahun dan 13 tahun telah pun dikhatankan ketika mereka berusia 12 tahun dalam satu program berkhatan beramai-ramai di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. 


Selain itu, salah satu keunikan keluarga Mahayesan ini adalah mereka lima beranak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah.


Mahayesan berkata, dia merasa bertuah kerana hidupnya diwarnai dengan isteri berbangsa Bidayuh dan anak-anak mempunyai keluarga angkat Melayu

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*