Kantoi! Lelaki Wajah Anime Sebenarnya Palsu?

Share This:

“Itu bukan dia, muka dia kalau depan-depan OMG (Oh My God). Lelaki anime tidak wujud! Kalau dia keluar orang tak kenal sebab memang muka tak sama.”


sumber : Facebook Bella Barbie

Memetik laporan mStar, demikian pendedahan seorang wanita yang dikenali sebagai Bella Barbie berhubung isu seorang pemuda berwajah anime yang tular di media sosial sejak minggu lalu adalah tidak benar. 


Menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebooknya pada malam kelmarin, Bella mendakwa Miyyo Rizone adalah pemuda dari Ketereh, Kelantan dan pembongkaran itu dibuat kerana tidak mahu orang ramai terus terpedaya.


Jelasnya, Miyyo sebenarnya bernama Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa sebaliknya bukanlah nama Amirul Rizwan Musa yang didedahkan oleh pihak media sebelum ini.


sumber : Facebook Bella Barbie

Tambahnya beberapa aplikasi penyuntingan gambar telah digunakan oleh Miyyo untuk mencipta imej lelaki anime seperti yang tersebar sebelum ini.

“Saya ada gambar dia tanpa solekan, dia sunting semua gambar menggunakan applikasi Camera360 dan BeautyPlus. Saya tahu kerana dia selalu sunting gambar-gambarnya di sebelah saya.”


Selain itu, Bella Barbie turut mendakwa pernah cuba menggunakan applikasi tersebut untuk menyunting gambarnya sendiri dan terkejut kerana wajahnya boleh berubah mirip Miyyo.


Pada masa sama, Bella mengakui dia pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah, namun percaya bahawa Miyyo telah menipu nilai sebenar pembedahan tersebut.


Dilaporkan, setakat ini, Miyyo masih gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi terhadap dakwaan tersebut.

sumber : Facebook Bella Barbie

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*