Jose Mourinho Sedang Menghancurkan Tradisi Manchester United

Share This:

Apa yang Pengurus Manchester United (MU) Jose Mourinho lakukan ketika ini dengan melepaskan kapten Wayne Rooney ke Everton dan membawa masuk penyerang Everton Romelu Lukaku hanyalah satu perbuatan yang nampak menghancurkan pasukan Red Devils secara perlahan-lahan.

Belum pernah dalam sejarah kejurulatihan kelab terkenal dunia itu, bekas kapten dijual ke kelab lain tanpa sebarang harga. Ia berlaku pada zaman Mourinho.

Selepas bekas Pengurus MU, Sir Alex Ferguson meletakkan jawatan dan diserahkan kepada David Moyes, bekas kapten Ryan Giggs diberi kepercayaan duduk di sebelah Moyes selaku Pembantu Pengurus pada masa itu.

Kemudian, semasa era Louis Van Gaal pula, Giggs tetap membantu beliau dalam bidang kejurulatihan.

Mourinho tidak begitu, dibuangnya Rooney begitu sahaja dan digantikan dengan Lukaku yang sudah lama memendam hasrat mahu beraksi untuk The Red Devils.

Bagi Rooney, beliau pernah beraksi bersama Everton pada tahun 1996 hingga 2004 sebelum ke MU pada musim panas tahun berkenaan dengan bayaran sebanyak 37 juta Euro.

Kegemilangan Rooney bersama Red Devils tidak dapat dinafikan sehingga digelar legenda kerana dia tidak pernah menyumbang kurang dari 15 gol setiap musim.

Namanya juga tercatat sebagai penjaring gol terbanyak memecah rekod yang pernah disandang Sir Bobby Charlton apabila meledak gol ke-250 menentang bertemu Stoke City pada Januari 2017.

Bagi Lukaku pula, beliau menyertai MU dengan yuran perpindahan mencecah 75 juta Pound.

Memetik laporan BBC, pembelian Lukaku tiada kaitan dengan usaha kelab itu membawa pulang Rooney ke The Toffes.

Bagi peminat United, apa yang dilakukan ke atas Rooney sememangnya satu penghinaan kepada kapten-kapten yang pernah beraksi untuk kelab itu kerana bagi Rooney tiada sebarang penghormatan diberikan kepadanya selaku kapten pasukan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*