Ini Cabaran Terus Khas Buat ROS

Share This:

Sudah beberapa tahun sudah berlalu sejak DAP dikesan menipu mengenai keputusan pemilihan dalam parti yang menyaksikan ramai dikalangan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada ketika itu, ramai yang merungut mengenai bagaimana pemilihan dalaman DAP yang dilihat hanya memberi keuntungan sesuatu pihak dan menidakkan keputusan sebenar.

Hal yang sama turut berlaku tahun lalu apabila DAP sekali lagi memanipulasikan keputusan undi yang diterima sehinggakan ada yang mendapat tempat terakhir di dalam pemilihan, di pilih sebagai Pengerusi Perhubungan negeri. Malah, mereka yang tewas juga turut dipilih sebagai Exco parti sehingga menafikan kemenangan beberapa individu disebabkan kemahuan pihak-pihak tertentu di dalam DAP.

Ketika ramai mula mempertikaikan, apa yang dilakukan oleh ROS dalam menangani apa yang telah berlaku di dalam DAP ini, minggu lalu, ROS telah mengeluarkan arahan untuk meminta DAP melakukan pemilihan semula dengan lebih telus dan adil. Seperti di jangka, Jawatankuasa pusat DAP menolak mentah-mentah arahan ROS ini dengan alasan pemilihan yang dilakukan sebelum ini sah dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kini timbul persoalan, apa reaksi ROS berhubung keputusan yang telah dibuat oleh dibuat oleh DAP ini? Adakah mereka memerlukan lebih 3 tahun untuk mengumumkan tindakan susulan ataupun mereka memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan, rakyat Malaysia akan melupakan segala kecurangan yang dilakukan DAP semasa pemilihan dalaman parti mereka?

Jika dinilai secara teliti, jawapan yang telah diberikan oleh Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng, nampaknya, ia jelas satu cabaran yang dicipta khusus buat ROS. Ini kerana, keengganan DAP menuruti kemahuan ROS ini menampakkan keegoan yang ada di dalam DAP dan secara simboliknya mencabar ROS untuk mengambil tindakan keatas parti berkenaan.

Persoalannya, beranikah ROS mengambil tindakan tegas seperti menggantung atau mengharamkan terus DAP dari arus politik semasa? Malah, Anthony Loke sendiri dengan terbuka mendakwa, pihaknya langsung tidak menerima walau sehelaipun notis dari ROS untuk membolehkan mereka melakukan pemilihan semula seperti yang dikehendaki oleh ROS.

Nampaknya, keegoan DAP cukup tinggi untuk dihakis oleh ROS. Jika perkara sedemikian berlaku terhadap pertubuhan lain, sudah pasti antara tindakan awal yang diambil adalah surat tunjuk sebab dan mungkin juga pertubuhan berkenaan akan digantung atau diharamkan. Namun dalam kes DAP ini, parti ini dilihat begitu berani mencabar ROS untuk mengambil tindakan keatas mereka.

Adakah tindak tanduk parti ini wajar dibiarkan begitu sahaja? Adakah ROS masih memerlukan masa untuk membuat satu keputusan bersandarkan undang-undang sedia ada? Jika terbukti bersalah, jatuhilah hukuman berlandaskan undang-undang sedia ada. Tidak salah untuk bertindak berani demi menegakkan undang-undang dari bertindak takut akan keegoan sesebuah parti yang kononnya berada jauh lebih tinggi berbanding undang-undang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*