Betulkah Sufi Rashid ‘Humban’ Ibu Sendiri Macam Kain Buruk?

Share This:

Baru-baru ini, ibu kepada Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa kecewa dan kecil hati dengan sikap anaknya sehingga menggelarkannya sebagai Malin Kundang.

Luahan itu dibuat Irma menerusi akaun Facebooknya semalam.

Menerusi status yang ditulis, Irma mengaku sebagai seorang ibu, dia berasa sedih dengan sikap Sufi sehingga membuatkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh darah daging sendiri.

Irma juga turut menyatakan Sufi merupakan seorang anak yang hanya mementingkan diri dan tidak mempedulikan perasaan ibunya.

Bagaimanapun, menjawab mengenai dakwaan ibunya, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid menerusi kenyataan di akaun Facebook memberitahu kasih-sayangnya terhadap Irma tidak pernah berkurangan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen distatus Sufi dan Irma, rata-rata pengikut mereka meminta supaya salah faham tersebut diselesaikan dengan cara yang baik dan mendoakan hubungan mereka anak-beranak sentiasa berada dalam keadaan harmoni.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*