Bandar Raya Kuala Terengganu Diceriakan Dengan Lukisan Mural

Share This:

Sejak tahun 2015, lukisan mural yang dilukis di beberapa bangunan lokasi tumpuan telah menambah kecerian dan kebersihan di bandar raya Kuala Terengganu yang dilaksanakan.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, di bawah program Seni Hias Bandar hasil inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam usaha memperindahkan struktur bandar dengan kerjasama pelbagai pihak yang antara lain meningkatkan sektor pelancongan negeri ini.

Ia dilaksanakan melalui konsep penajaan pihak swasta dalam bentuk sumbangan wang tunai, bantuan logistik, perkongsian idea dan tenaga kerja secara sukarela.

Antara lokasi yang terlibat dalam program ini adalah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kompleks Parkir Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan bangunan di tapak stesen bas lama berhadapan PB Square.

“Program Seni Hias Bandar yang dilaksanakan dibawah MBKT dan ia telah pun dilancarkan sejak 2015 dengan fasa demi fasa telah pun dilakukan dan kebetulan tahun ini Tahun Melawat Terengganu”.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada pihak swasta dan hari ini kita mendapat RM77 ribu untuk barangan dan kewangan serta jumlah keseluruhan kita dapat RM313 ribu”.

“Ini merupakan komitment yang diberikan pihak swasta kepada negeri untuk membersihkan dan memperindahkan kawasan bandar’”.

“Objektif program ini adalah untuk menceriakan kawasan fokus yang menjadi tumpuan ramai seperti di Pasar Payang, Kampung Cina serta beberapa kawasan lagi dan projek lukisan mural seterusnya akan dibuat di Menara PMINT dengan PB Square’ katanya selepas meninjau lukisan bangunan di tapak stesen bas lama pagi tadi”.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar memberitahu Program Seni Hias Bandar akan diperluaskan di beberapa infrastruktur lain.

“Selain itu stesen bas dan tandas awam juga akan dicat baru dengan pelbagai warna untuk menarik dan penerimaan sambutan masyarakat juga positif terhadap usaha yang dilakukan oleh MBKT ini”.

“Mural di stesen bas lama ini disiapkan dalam tempoh bulan iaitu sebelum bulan puasa itu yang dilakukan oleh lima orang pelukis anak tempatan” tambahnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*