Akhir Tahun Ini, Ikan Kelah Boleh Dibeli Di Pos Sentuari Kelah

Share This:

Pada hujung tahun ini, ikan spesis KELAH bakal dijual kepada pelancong yang ingin merasai keenakkan rasa isi ikan tersebut di Pos Kawalan Sentuari Kelah, di Tasik Kenyir.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, lapan sangkar menternak ikan kelah akan beropersi di pos kawalan sentuari Kelah pada bulan ogos ini.

Katanya, ikan kelah ini sukar didapati dipasaran terbuka, dengan adanya sangkar kelah ini, kita jual kepada sesiapa yang berminat untuk merasai ikan ini.

“Kebiasaan harga ikan kelah merah dijual dengan harga RM 1000 sekilogram dan ikan kelah kejor dijual denga harga RM200 sehingga RM300 sekilogram dipasaran terbuka.

“Selain dari bermain dengan ikan kelah dilubok kejor, pelancong juga dapat membeli ikan jenis ini untuk dibawa pulang.

“Jualan ikan ini mungkin akan dibuka pada hujung tahun ini, kerana kita perlu melalui proses memelihara terlebih dahulu ikan kelah ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, sempena program kenali Kenyir 01 bersama media anjuran Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH).

Dalam pada itu, turut hadir bersama dalam program itu, pengurus promosi dan korporat Tasik Kenyir, KETENGAH, Ahmad Fathil Abd Ghani.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*