Mahathir Akhirnya Merestui Seorang Biseksual Boleh Jadi PM

Share This:

Ia berlaku juga akhirnya, apabila orang yang dikategorikan peliwat oleh Tun Mahathir Mohamad dan tidak dibenarkan jadi Perdana Menteri kali ini dia sendiri sudah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Semua kata-kata tegas dan keputusan ketika Mahathir jadi Perdana Menteri sudah dilupuskan oleh dirinya sendiri kerana mahukan kuasa dan peluang mentadbir negara ini dalam kumpulan pembangkang.

“Lelaki ini tidak harus dibenarkan jadi pemimpin di sebuah negara seperti Malaysia.” Itu petikan sebenar kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Pada masa itu, Mahathir kata beliau sendiri menemubual dan bercakap dengan mangsa untuk mendapat cerita sebenar bahawa Anwar adalah peliwat kononnya sebagai dia mahu tahu cerita sebenar.

Kemudian, beliau pecat Anwar kerana percaya cerita dari mangsa dan siasatan pihak polis. Jadi sekarang, ke mana nilai kebenaran cerita mangsa dan pembuktian di mahkamah ke atas Anwar di mata Mahathir?

Kini, dalam temubual Mahathir dengan akhbar United Kingdom, The Guardian, Mahathir terima dan restu untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

Petikan akhbar The Guardian, UK.

Semuanya sudah berubah seratus peratus dalam ia lengkap dengan pengakuan ini dari mulut Dr Mahathir sendiri.

Dulu lain sekarang lain, dulu benar-benar tegas sekarang betul-betul tamakkan kuasa.

Anwar sudah jadi kawan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dulu rasis sekarang sudah jadi ibarat keluarga dengan Mahathir, DAP dan PKR yang dulu sumpah Mahathir maha firaun sudah jadi darah daging.

Dalam benak veteran politik ini, dia mesti menang melalui PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan beliau mahu anaknya Datuk Seri Mukhriz ada peluang jadi Perdana Menteri.

Pastinya orang ramai tidak menyangka betapa pengakhiran seorang bekas Perdana Menteri bernama Mahathir jadi begini apabila merestui orang yang paling dia benci jadi Perdana Menteri kerana kelakuan moral kini boleh.

Untuk rekod, Mahathir juga pernah mengakui bahawa Anwar juga adalah kaki perempuan secara tidak langsung Anwar adalah biseksual.

Kini, semua kata-kata dan gelaran Mahathir itu sudah tidak ada lagi, di mata beliau, Anwar kini calon jadi Perdana Menteri Malaysia. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*