Nizam Lega, 3 Pemain Kini Kembali Cergas

Share This:

KEDAH bakal mendapatkan kembali kekuatan sebenarnya apabila turun berdepan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada Jumaat ini.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Nodzam Adzha Yusoff berkata, tiga pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini dijangka dapat diturunkan dalam perlawanan itu.

Kedah kehilangan tiga tonggak utama termasuk dua import dalam dua perlawanan sebelum ini kerana mengalami kecederaan.

Mereka ialah Zachary Anderson, Ken Ilso Larsen dan Rizal Ghazali, manakala Baddrol Baktiar telah kembali dalam perlawanan Sabtu lalu.

Menurut Nidzam, sebagai jurulatih, dia lega apabila tiga pemain berkenaan pulih daripada kecederaan kerana khidmat mereka diperlukan oleh skuad hijau kuning.

“Sebelum ini saya memang pening sikit, tapi untuk perlawanan bertemu UiTM saya rasa lega sebab tiga pemain yang cedera dah pulih.

“Kalau tak ada apa, Ken Ilso, Zachary dan Rizal boleh diturunkan semula dalam perlawanan Jumaat ini. Kehadiran mereka dapat membantu kita melakukan yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Nidzam menambah, setakat ini, hanya Farhan Roslan yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan memerlukan rehat.

“Dalam keadaan sekarang kita memerlukan semua pemain untuk menampung posisi pemain yang cedera.

“Sebab itu, kalau boleh kita tak mahu hilang empat pemain yang akan terlibat dalam Sukan SEA,” jelasnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*