Radar Tak Hilang Kata Hilang, Wan Azizah Dapat Malu Sendiri

Share This:

Kerana laporan yang salah dan tidak berasas, kini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail kini malu sendiri apabila sistem radar ketenteraan yang dikatakan hilang sebenarnya ada dan dalam keadaan selamat.

Portal Malaysiakini melaporkan perkara itu dengan bunyi tajuk yang cukup sensasi menggunakan perkataan lesap biarpun status sebenar peralatan itu masih tidak diketahui pada awalnya.

Ia pada mulanya dilaporkan telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Wan Azizah tanpa menunggu lama terus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kejadian itu dengan mengatakan kejadian itu amat mengejutkan dan merisaukan.

“Ini merupakan satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius,” kata Wan Azizah tanpa usul periksa lebih lanjut.

Padahal radar itu tidak hilang tetapi ia telah sampai ke desitanasi tujuannya iaitu di Pelabuhan Rotterdam di Belanda. Kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy, siasatan pihaknya ke atas peralatan itu sebenarnya menjurus kepada prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA).

Selain itu, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dalam kenyataan mereka berkata kontena yang membawa radar itu sentiasa berada dalam kawalan rapi PTP serta agensi kerajaan yang lain.

“LPJ juga mengesahkan bahawa kontena yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi tersebut telah pun dimuat ke atas kapal Emma Maersk pada 3 Jun 2017 dan selamat sampai di destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda,” kata agensi berkenaan.

Pihak PKR tidak mahu buat kerja cuba selidik lanjut dan mengesahkan maklumat sebaliknya terus sahaja buat tuduhan dan andaian.

Bila dah kantoi begini, biasa mereka buat muka selamba dan tidak tahu malu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*