Program Khas Haji Perdana Menteri, 87 Imam Terengganu Terpilih

Share This:

Pada tahun ini, seramai 87 orang rakyat Terengganu termasuk imam masjid dan surau serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) telah terpilih menyertai Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd (1MDB).

Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB, Datuk Jailani Ngah berkata, jumlah keseluruhan jemaah haji adalah 1,100 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd (1MDB) seramai 87 orang bagi negeri Terengganu dan keseluruhan yang kita hantar dari semua negeri adalah 1,100 orang”.

“Kategori jawatan memilih calon yang terdiri daripada imam, pengerusi JKKK, Persatuan Pegawa setiap negeri, Yayasan Guru Pondok, guru-guru tahfiz, pengamal media dan blogger serta NGO seperti GPMS, CUEPACS dan Tok Batin”.

“Penerbangan djangka akan berlepas pada 9,10 dan 11 Ogos iaitu penerbangan yang terakhir memasuki Madinah terlebih dahulu dan berakhir di Mekah selepas 43 hari (selesai ibadat haji)”.

“Jadual penerbangan diputuskan oleh pihak Tabung Haji dan akan melakukan majlis penyerahan surat tawaran pada 11 Julai di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri kepada 1,100 calon jemaah haji’ katanya di Majlis Penyerahan Surat Jemputan Program Khas Haji Perdana Menteri 1MDB di Hotel Tabung Haji pagi tadi” katanya.

Dalam majlis tersebut, turut hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.

Menurut beliau program ini akan diteruskan dengan pelbagai aspek yang akan ditambah baik yang terbukti memberi manfaat kepada rakyat khususnya calon jemaah haji.

“Program khas haji ini akan diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan seramai 4,611 (5,711 tahun 2017) sudah menyertai program haji sepanjang 6 tahun diadakan dan tahun ini adalah tahun ketujuh”.

“Program sepanjang 6 tahun ini telah membuktikan komitmen kerajaan terutamanya Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri dalam memastikan Pengerusi JKKK dan para imam dapat pergi menunaikan haji”.

“Mulai tahun depan program khas haji ini akan memberi sasaran kepada kakitangan kerajaan yang berjasa, NGO, pemimpin politik, bekas imam dan bekas pengerusi JKKK dan akan memperluaskan skop sasaran” katanya lagi.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*