Pakatan Buat “Suara” Penyokong Macam Mainan

Share This:

Sekali lagi, pakatan pembangkang meranapkan harapan penyokong mereka untuk melihat gabungan antara pembangkang berdaftar apabila proses pendaftaran dan menghasilkan logo Pakatan Harapan (PH) sekali lagi tertangguh.Sejak dulu semasa pembangkang bergerak dalam Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (PH) idea untuk mereka berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) sudah kedengaran tapi sampai sekarang tidak jadi kenyataan.

Kali ini dalam PH, kedengaran mereka sudah sepakat setuju dan mahu buat logo mereka sendiri untuk cuba tumbangkan parti BN tapi sekali lagi gagal.

Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad pada 20 Jun lepas mengaku bahawa pendaftaran itu ditangguhkan kerana dirinya, memetik laporan Channel News Asia.

Kata dia, namanya dicalonkan menjadi Pengerusi PH kerana PPBM kononnya menjadi parti paling hebat dan mampu menarik sokongan pengundi dari UMNO dan PAS tapi lain pula yang terjadi.

“Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.

“Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang jawatan itu baik-baik saja, tetapi bukan saya,” katanya.

Sebenarnya, dari pandangan banyak pihak sebenarnya Mahathir yang tidak sedar bahawa dirinya sudah tidak diperlukan untuk memimpin. PPBM hanya ada satu kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat berbanding PKR, PAN dan DAP dalam PH. Pendaftaran PH tertangguh kerana calon Perdana Menteri mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah merajuk dan tarik diri kerana marah dengan Mahathir.

Mahathir tidak mahu aibnya terbuka, beliau kata sebenarnya percanggahan pendapat hendak beri dia jawatan dalam PH jadi punca.

Kesimpulannya, sekali lagi harapan penyokong pembangkang dimusnahkan begitu sahaja oleh ego setiap parti dalam PH.

DAP dengan ego ia parti utama dan kuat, PAN terasa partinya ada ruang untuk berkuasa, PKR memiliki ego kerana calon Perdana Menteri adalah dari partinya iaitu Anwar manakala PPBM perasan bagus kerana Pengerusi mereka Mahathir.

Jika begini ego pembangkang, sampai bila-bila pun mereka akan jadi masalah dalam negara dan terus mengganggu BN untuk mentadbir negara ini dengan baik.

pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*